Tuesday, December 18, 2012

Shaklee Breastfeeding Set

Assalamulaikum wbt

Lately ramai kawan-kawan yang dah mula menimang cahaya mata. Alhamdulillah. tahniah nana ucapkan :)
Tapi ada segelintir kawan yang mula mencari nana sebab katanya susu badan kurang. Kasihan anak tak cukup minum. Tak kan nak bagi susu formula kan. Kesian baby kita, sebab susu ibu adalah yang terbaik di dunia :)

Alhamdulillah, ramai yang datang balik dekat nana dengan khabar yang sangat-sangat positif. Syukur :')

So harini nana nak share dengan semua Set B (Breastfeeding Set). Set Penyusuan merangkumi Vita-lea, B complex, Alfalfa. Ini untuk beri tenaga kepada para ibu untuk mengepam. Saya difahamkan bahawa aktivitin mengepam ini adalah meletihkan, So kita perlukan tenaga yang cukup untuk menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti.

Selain itu, ESP juga boleh ditambah ke dalam set untuk bertindak sebagai milkbooster. Gabungan alfalfa+ESP adalah milkbooster yang terbaik untuk menghasilkan susu yang banyak dan lemak berkrim. wahh :D



a) Vita-Lea

Dilengkapkan dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan disyorkan memperbanyakkan sumber zat besi dalam makanan anak. Contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu yang menyusu, vitalea telah dilengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik. Vita-lea juga perlu diambil agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah atau menyusukan anak.

**Tidak digalakkan diambil bersama dengan minuman bersusu kerana ia mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi ke dalam badan

b) B-Complex

Sangat penting dalam membantu memetabolismakan karbohidrat, lemak dan protein, Anti-stress(penenang), Membantu meningkatkan imunisasi badan, menukarkan makanan kepada tenaga dan membantu ibu-ibu berfikiran positif. B-complex juga membantu melahirkan wajah ibu yang berseri dan tidak pucat.

c) Alfalfa

Merupakan supplement penting dalam penghasilan susu ibu kerana mempunyai 1001 khasiat. Mampu menghasilkan susu yang banyak, memekatkan susu dan menjadikannya lemak berkrim.Turut membantu dalam perkumuhan(lawas) dan membuang angin. Secara tidak langsung memberi kesan kepada bayi iaitu tidak mengalami masalah kembung (angin)

d) ESP

ESP adalah protein soya dan protein adalah sangat penting dalam pembentuka sel. ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kalenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, membantu kawal paras kolesterol. ESP turut mengandungi kalsium yang turut menyumbang kepada pembentukan sel darah merah. Secara tidak langsung,di samping memberikan tenaga, ia memberikan rasa kenyang dan sangat membantu mengawal berat badan ibu. Apa beza soya Shaklee ini dengan soya lain di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy, iaitu soya yang dibasuh dengan bukan menggunakan alcohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim di dalamnya tidak musnah :)


Berminat boleh pm nana di facebook/Nana Macarona ataupun sms/whatsapp 013-3039242


Wednesday, December 5, 2012

Shaklee Collagen Powder: Rahsia kulit cantik dan anjal


Assalamualaikum wbt..

Hye korang! Mesti dah ramai yang tengah bersiap-siap nak pergi kerja kan. Takpe sampai ofis nanti, before start keje meh baca dulu info yang nana nak share sikit nih. Sukehatiaku je kan. Maaf bos-bos seantero duniaaa :D

Okey straight to the point, korang-korang yang suke kecantikan mesti familiar dengan perkataan 'Collagen' kan? Alahai yang dulu femes orang cucuk sana cucuk sini tu, yang nak bagi tegang muka, gebu muka tuuu. Well, sekarang ni korang dah tak perlu cucuk-cucuk semata untuk cantik sebab Shaklee ada mengelurkan collagen product mereka sendiri..=)

Kenapa Shaklee Collagen ni bagus?

Shaklee Collagen adalah sejenis kolagen yang dihasilkan dari sisik ikan merah,iaitu ikan yang istimewa yang mampu tahan hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5000m. Selain dari sisik ikan merah, Shaklee collagen juga dihasilkan dengan 6 ramuan campuran yang lain termasuk Ekstrak biji benih Camelia Japonica, Ekstrak pfaffia, Ekstrak kerangan, Lactobacillus Acidophilus, Vitamin C, Vitamin B.


Antara kebaikan-kebaikan Shaklee Collagen ialah:

Meningkatkan kelembapan kulit sebanyak 90%
Mengurangkan kekasaran dan kekeringan
Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
Menegangkan dan mengembalikan keanjalan kulit
Melebatkan rambut
Mengurangkan kedutan

Dan banyakkk lagi kebaikannya..=)

BERITA BAIK, bulan ni ialah bulan promo Shaklee Collagen. So, Setiap 6 kotak belian, korang akan dapat 1 kotak percuma. Boleh share dengan kawan-kawan, sedara mara jom sama-sama pakai Shaklee Collagen yang best ni :)

Jom chekidoutt testimoni dari pengguna-pengguna Shaklee Collagen





Ape-ape pon, nana nak ingatkan di sini bahawa Shaklee Collagen tak sesuai untuk ibu mengandung dan ibu yang menusukan anak ye :)


Sesiapa yang berminat boleh lah hubungi nana, sms/whatsapp:013-3039242, facebook: nana macarona. <3

Till then, Assalamualaikum =)





Friday, November 23, 2012

Set Menguruskan Badan

Assalamualaikum wbt..

Korang perasan tak yang tabiat pemakanan rakyat malaysia ni lebih kepada makanan berlemak, berminyak dan berkolesterol tinggi. Tidak dinafikan makanan malaysia memang no 1 beb! Tapi tapi tapi...kerana nafsu, perot binasa. Boleh cenggitu? hehe

Bila badan dah naik, gelebeh sana sini, mulalah kita mencari ubat ubatan untuk kuruskan badan. Betol tak? Kadang-kadang demi nak kurus, ramai yang terpaksa melabur beribu-ribu. Tambah menyulitkan bila kita sendiri tak begitu yakin dengan keselamatan ubatan yang diambil. Sampai ade yang terpaksa dimasukkan ke hospital gara-gara ubat kurus.

Sebagai seorang wanita, kita wajarrrr menjaga bentuk badan agar bukan sahaja cantik, tapi jugak sihat. Untuk bakal-bakal pengantin, sudah semestinya mengharapkan dapat pakai baju pengantin tanpa perlu berkorset bagai. Betol tak? tapi once badan dah naik, bukan senang nak kurus. Tsskk 

Tapi jangan give up! Shaklee kan adaaaaaaaa =)

Slimming Set Shaklee ni sangat sangat special tahu. Nak tahu kenapa?

First, kesannya Insyallah cepat sekiranya diambil dengan cara yang betol. Second, Harganya sangatlah murah dan berpatutan jika nak dibandingkan dengan jenama-jenama lain. Third, ianya memang selamat, halal dan mendapat kelulusan KKM ^__^

Slimming set Shaklee menitik beratkan kepada 3B iaitu, Buang, Bakar, Bina.

1. Buang



Produk: Herb-lax / Alfalfa
Fungsi: Membuang segala sisa-sisa makanan, lemak dan lendir yang tidak diperlukan dalam badan melalui proses pembuangan air besar. Herblax sesuai diambil oleh orang yang mengalami masalah sembelit seminggu sekali/ 2 kali sahaja. Alfalfa pula sesuai diambil oleh mereka yang tidak mengalami masalah sembelit diambil 3-5 biji sehari.

2. Bakar


Produk : Lecithin / Omega Guard
Fungsi: Membakar segala lemak dan kolesterol yang tidak diperlukan di dalam tubuh badan. 

3. Bina


Produk: Energizing Soy Protein / Cinch
Fungsi: Membina otot dengan protein. Protein sangat diperlukan oleh badan untuk mempercepatkan kadar metabolisme badan, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Untuk Protein terbaik, nana sarankan ambil cinch ataupun ESP. Cinch boleh digantikan dengan ESP oleh ibu yang menyusukan anak kerana selain boleh menguruskan badan, boleh juga membanyakkan pengeluaran susu :) ESP juga bagus untuk menggebukan kulit dan mencerahkan kulit. Di samping kurus, boleh cantik jugak. Best kan? heee

Jom layan testimoni pengguna Set Kurus Shaklee







Banyak kan produk shaklee yang boleh mambantu korang? :) tak semestinya korang kena ambil semua. Just ambil mana yang badan korang perlukan.

Cadangan nana

-Lecithin + Herblax
-ESP + Alfalfa
-Lecithin + Alfalfa
-Lecithin + ESP
-Cinch + Lecithin

Berminat boleh pm nana kat facebook/ nana macarona
sms/whatsapp 013-3039242

Till then,

Salam




Wednesday, November 21, 2012

Vitamin Cinta (Bacaan yang sudah berkahwin shj :D)

Assalamualaikum..

Maaf ye sekiranya entry kali ini berbaur agak kelucahan di situ. Kepada kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah, SILA KLIK X NOW! Kepada yang belum berkahwin tapi bakal berkahwin, mungkin boleh dijadikan panduan. Tapi jangan lebih-lebih pulak ya! heheh

Bila nana sebut je vitamin cinta apa yang korang boleh bayangkan? =) Ramai yang malu nak membicarakan mengenai perhubungan antara suami dan isteri (Sexual activity). Ye, nana pon segan jugak sebenarnya. Tapi tahukan anda bahawa 'Perhubungan Suami Isteri' yang bermasalah mampu mengundang kepincangan dalam rumah tangga?

Dilema yang paling ketara ialah Kedinginan dalam 'Perhubungan Suami Isteri'. Masalah ini akan semakin meruncing tatkala Isteri selesai melahirkan anak dan sedang menyusukan anak. Keinginan untuk bersama semakin berkurang dan aktiviti yang sepatutnya membahagiakan akan menjadi suatu bebanan.

Untuk para suami pula, kepenatan seharian mencari rezeki akan melemahkan keinginan untuk bersama. Ditambah pula dengan isteri yang semakin berubah bentuk badan. Ya lah..kalau dah beranak pinak tu memang lah susah nak dapat bentuk badan macam anak dara kan. hehe

Antara sebab lain yang menyumbang ke arah kedinginan perhubungan suami isteri ialah, kekurangan nutrisi yang mencukupi.

Siapa yang tak nak rumahtangga yang bahagia dan hubungan suami isteri yang intim kan? That is why, we have to do something! Bukan sahaja kepada para isteri, tetapi juga kepada para suami. Anda sayangkan pasangan dan rumahtangga anda bukan? =)

Dengan ini, nana nak suggest Shklee Product yang sangat-sangat membantu dalam memperbaiki hubungan suami isteri iaitu Alfalfa Complex + Vitamin E <3


Antara kebaikan Alfalfa Complex dalam perhubungan suami isteri 
  • Menghilangkan kelesuan dan meningkatkan tenaga
  • Merawat masalah keputihan di kalangan wanita(untuk wanita)
  • Membesar dan menegangkan payudara(untuk wanita)
  • Bertindak sebagai kacip patimah kepada wanita =)
  • Memulihkan urat selepas bersalin
  • Meningkatkan stamina suami
Antara Kebaikan lain Alfalfa complex ialah
  • Milkbooster yang bagus untuk breastfeed
  • Merawat eczema dan resdung
  • Menghilangkan jerawat punca dari resdung
  • Membuang angin dalam badan

Alfalfa bukan untuk Perempuan sahaja okey, untuk Lelaki juga ^__^  Alfalfa juga bagus untuk bakal pengantin(wanita) yang mengalami masalah Keputihan.

Selain Alfalfa, Vitamin yang termasuk dalam set Vitamin Cinta ialah Vitamin E. Jom layan apa kebaikan Vitamin E dalam Perhubungan Suami Isteri :)
  • Membangkitkan perasaan cinta dan keinginan bersama
  • Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya. Manakala wanita yang mengambil sekurang-kurangnya selama 3 bulan akan membantu meningkatkan sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik.
  • Membantu dalam ereksi(untuk lelaki)
  • Membantu pengeluaran air mani (untuk lelaki)
  • Mengurangkan mood swing, PMS
  • Meningkatkan kesuburan
  • Memekatkan air mani
Antara kelebihan lain Vitamin E

  • Menghilangkan Parut
  • Melembapkan Kulit
  • awet muda kerana bebas radikal
  • menggalakkan kulit dan rambut yang sihat
  • membantu mencegah kanser

Kebahagiaan rumahtangga adalah impian setiap pasangan. Oleh itu marilah kita bersama menjaga dan menyemarakkan cinta di antara suami isteri. Bukan untuk pasangan suami isteri sahaja, juga untuk pasangan yang bakal berkahwin. Peliharalah dan jagalah hubungan daripada awal perkahwinan ^__^

Berminat dengan produk ini, sila hubungi nana whatsapp/sms-0133039242
email-nanafarhanapakeh@gmail.com
facebook/nana macarona

Contact me for the best price =)

Supplement terbaik untuk kecantikan kulit

Assalamualaikum..

Kebanyakan customer nana selalu bertanyakan soalan yang sama..Vitamin Shaklee yang mana yang bagus untuk kulit? Well, kalau korang nak tahu, banyakkk supplement Shaklee yang bagus untuk kulit. Shaklee sendiri ada menyediakan cadangan Set Kecantikan atau lebih dikenali sebagai Set D =)

Nana sendiri telah mengambil Set D selama lebih kurang 3 bulan dan Alhamdulillah hasilnya memang tidak mengecewakan..^__^



my latest photo  ^__^


without any makeup



Apa yang terkandung dalam Set D?

Set D mengandungi Vitamin C + Vitamin E + B Complex.




Kebaikan dan fungsi Vitamin C
-Membantu pembentukan kolegen yang penting untuk menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Kolagen adalah  sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit.
-antioksida yang baik
-membantu pulihkan sel akibat luka / jerawat.
-mencerahkan kulit dan mengatasi jerawat
-merawat resdung

Kebaikan dan fungsi  Vitamin B Complex
-Mengandungi  B2 iaitu Riboflavin yang dikenali sebagai beauty vitamin.
-Bagus untuk kulit berminyak, whiteheads, blackheads, parut dan kulit kering.
-atasi kelesuan

Kebaikan dan fungsi Vitamin E
-anti oksida yang penting untuk melawan radikal bebas dari memusnahkan sel
-anti aging vitamin
-merawat dan mencerahkan parut
-membantu kemusnahan vitamin A dan C
-membantu penyerapan oksigen
-melembapkan kulit 2 kali ganda
-menghilangkan parut

Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, boleh juga tambahkan Energizing Soy Protein (ESP) secara berasingan. Fungsi ESP adalah untuk menyokong pembentukan kolagen, sekaligus menjadikan kulit lebih anjal, kenyal, gebu dan putih berseri. Ingat, protien adalah makanan kepada sel-sel badan kita.


Selain ESP, GLA juga boleh ditambah ke dalam Set D untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Anddd..kalau korang nak tahu, ade seorang customer nana ni, die dah mencuba vitamin c selama sebulan tapi kesan die macam kurang ketara pada kulit. Tapi selepas nana cadangkan dia ambil GLA bersama dengan vitamin C, alhamdulillah kulit dia semakin cantik dengan cepat, gebu, licin dan flawless je ^___^

Macam nana sendiri, nana amalkan mengambil Vitamin C, Vitamin E, B complex, ESP dan jugak GLA sebagai supplement kulit. Dan yang menariknya, nana dah tak perlu keluar rumah pakai mekap langsung! ^__^


Untuk tempahan serta konsultasi percuma, boleh hubungi nana di

013-3039242 (whatsapp/sms)
facebook/nana macarona
nanafarhanapakeh@gmail.com

Till then, Assalamualaikum =)


Tuesday, November 20, 2012

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Dear all,

Syukur ke hadrat ilahi kerana akhirnya terhasil juga blogshop ini :) Selamat Datang kepada semua yang sudi singgah ke blogshop ini. Insyallah sy akan cuba berkongsi produk2 yang terbaik untuk semua pelanggan. Segala sokongan semua sy dahului dengan ucapan terima kasih.

Regards,
Nana Macarona <3